Tuesday, 31 July 2012

MANTERA

FUNGSI/PERANAN MANTERA

  • dijadikan sebagai,pemanis,pengasih dan pembenci.
  • Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.
  • mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat istiadat.
CIRI/BENTUK MANTERA

  • ia terdiri daripada beberapa rangka yan beirama
  • kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib
  • ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu 
  • ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi
  • biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh,dan sekiranya pengamalnya berasa kurang keyakinan,ia akan menjadi tawar dan tidak bekesan

DARI SEGI BENTUK PULA

  1. bentuk bebas atau tidak terikat
  2. jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas atau tidak tetap
  3. jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas
  4. rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu
DARI SEGI ISI

mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana DAN mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan

DARI SEGI BAHASA

mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran(imej) yang tertentu seperti gambaran alamsemulajadi ,benda-benda,tingkah laku atau perbuatan,perasaan atau sentuhan,bunyi atau pendengaran DAN kaya dengan bahasa perbandingan ,kata-kata pengulangan,kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora 

JENIS-JENIS MANTERA

  • mentera pakaian diri
  • mentera perubatan
  • mentera pendinding
  • mentera upacara tertentu
  • mentera pembinasaan bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh

GURINDAM

DEFINISI GURINDAM


Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama. 


CIRI-CIRI BENTUK GURINDAM


a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.  Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
c. Perkataan :  jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap


PERANAN/FUNGSI GURINDAM



  • Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal.
  • Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah ialah iman dan moral yang baik.
JENIS-JENIS GURINDAM

  • Gurindam serangkap dua baris
  • Gurindam serangkap empat baris
  • Gurindam bebas
CONTOH GURINDAM

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.

SELOKA

DEFINISI SELOKA



  • Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.
  • Seloka juga adalah salah satu bentuk puisi Melayu Klasik disamping mantera, bidal, pantun, gurindam, atau syair.
  • Kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu "shloka".
PERANAN/FUNGSI SELOKA

  • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.
CIRI/BENTUK SELOKA

  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan.
  • Tidak mempunyai pembayang.
  • Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.
  • Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.       
  • Sukukata : Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Rima : Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.

CONTOH SELOKA

seloka pak kaduk
Aduhai malang Pak Kadu
Ayamanya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk  

SYAIR

FUNGSI SYAIR


  • sebagai hiburan sesuai dgn sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian,dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.


  • alat menyanpaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama dan kehidupan.



  • dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.


  • berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.
CIRI-CIRI SYAIR

  • terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
  • syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
  • setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
  • bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

JENIS-JENIS SYAIR

  • Terdapat 6 jenis dalam kesusasteraan Melayu iaitu syair keagamaan ,syair kiasan,syair panji.syair romantis,syair sadura dan syair sejarah.


CONTOH SYAIR

Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat 
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri
~ Ibnu Ahmad Medan


PANTUN

PANTUN

FUNGSI PANTUN

  • Pantun merupakan salah satu aktiviti sastera yang dapat memberikan hiburan kepada kita dan penggemarnya.Pantun sememangnya terkenal dalam masyarakat melayu.Didalam rankap pantun ini juga tersimpan pengajaran atau mesej kepada pendengarnya.

JENIS PANTUN
  •  Terdapat beberapa jenis pantun.Contohnya pantun 2 kerat,pantun 4 kerat,pantun 6 kerat dan pantun 12 kerat.
CIRI-CIRI PANTUN

  • Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan.
  • Ada hubungan antara pembayang dan maksud.
  • Bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama a,b,a,b.
  • Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
  • Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata.
CONTOH PANTUN

PANTUN 2 KERAT
Ikan kekek, ikan gelama;
Selamat pagi kepada semua!

pantun 4 kerat
Angin teluk menyisir pantai   
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai   
    Asal pandai mengambil hati


pantun 6 kerat
Di ranting onak, bukan jerami,
Jerami kusut dibelit akar,
Bertiup bayu meniup debu,
Yang penting anak bukan suami,
Suami rela berganti tikar,
Anak tak sanggup menukar ibu.

pantun 12 kerat
Rotan sepatah dua patah
Tarik kerakap batang padi
Dibawa sultan dari Judah
Padi yang jangan digemparkan
Kalau gempar antara gugur
Bila gugur masuk perigi
Tuan di Mekah di Madinah
Naik akhirat batu haji
Tegak berdiri Rasululah
Kami yang jangan dilupakan
Kalau lupa antara tidur
Dalam tidur menjadi mimpi

HASIL CIPTAAN
janganlah menulis diatas kaca
menulislah diatas meja
janganlah menangis kerana cinta
menangislah kerana dosa