Sunday, 5 August 2012

GAYA BAHASA DAN FUNGSINYA


METAFORA

Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.
Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
terbenam di kaki hari.

IRONI

Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya)
Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula

PARADOKS

Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana / keadaan yang berlawanan.
Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.
Contoh : buruk dalam cantik
pahit dalam ubat

HIPERBOLA

Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
Fungsi : Untuk memukau pembaca
Contoh : atau cakap-cakap gunungIsinya lembah sampah

ALUSI

Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung
Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

ONOMATOPOEIA

Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.
Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran
Contoh : angin menderu ru ru ru

RIMA

Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama
Contoh : Aku telah dihimpit bising peradaban - a
kasih dan cinta manusia - b
yang luput - c
ketika kau tetap abadi menatap alam - d
menyaksi kejadian serba takjub - e
sepi namun sentosa - b
bahagia sekalipun purba. - b

RITMA / IRAMA

Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam / tingkah.
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama

ANAFORA

Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama
Contoh : betapa rumitnya
betapa seksanya dia menunda usia

EPIFORA

Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama
Contoh : menggoda hati tergugah
mengusik hati tergugah

INVERSI

Pembalikan kata / ayat / rangkaikata
Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi
Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah)
samar waktu (sepatutnya: waktu samar)

ASONANSI

Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.
Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi
Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a])

ALITERASI

Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.
Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi
Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k])

SIMILE

Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama.
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama
Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika
bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu

PERSONIFIKASI

Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup
Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca
Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah
menggaru di paru-paru

CITRA

Gambaran, lukisan, arca, atau imej.
Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu
Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara)

PERLAMBANGAN

Simbol yang membawa makna tertentu
Fungsi : Untuk menegaskan maksud
Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

PERULANGAN (Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak)

Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. (Asonansi)

Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. (Aliterasi)


Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora)
Contoh : aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora)
Contoh : menggoda hati tergugah
mengusik hati tergugah

Perulangan perkataan/kata di tengah baris
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : menggoda hati tergugah
mengusik hati tergugah

Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : aku pun terbang setelah hinggap, danterbang lagi. Begitulah.

Perulangan kata di awal baris pertama rangkap
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajakwww.sibermerdeka.com.my

Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak





NADA DALAM SAJAK

  • Melankolik -sedih 
  • Patriotisme -Cinta akan negara 
  • Sinis -Mengejek / menyindir 
  • Romantis/Romantik -Kegembiraan / kebahagiaan 
  • Protes -Membangkang 
  • Ironi -Keadaan yang menunjukkan penentangan 
  • Ode / Oda -Memuji atau menyanjung 


RIMA AKHIR

  • Sajak -Bebas 
  • Syair -a,a,a,a 
  • Pantun -a,b,a,b 


BENTUK DALAM SAJAK

  • Distikhon -----Dua baris setiap rangkap 
  • Terzina -----Tiga baris setiap rangkap 
  • Kuatren -----Empat baris setiap rangkap 
  • Kuantren -----Lima baris setiap rangkap 
  • Sestet -----Enam baris setiap rangkap 
  • Septet -----Tujuh baris setiap rangkap 
  • Oktaf -----Lapan baris setiap rangkap 
  • Soneta -----Empat belas baris setiap rangkap 










TALIBUN

DEFINISI TALIBUN


Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara,Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas),Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara





FUNGSI TALIBUN

  • karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran,

  •  kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, 


  •  Memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia. 


  •  Boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya.


  •  Terupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa.
CIRI-CIRI TALIBUN


    1. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.


    2. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.


    3. Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut


    4. Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.


    5. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.
CONTOH TALIBUN

Mencari ikan di dalam lubuk
Ikan gabus banyak dinanti
Lubuk dalam tanah tertimbun
Setiap hari bermain facebook
Bosan rasanya status berganti
Perkenankan hambe lantunkan talibun
Punai hinggap di kayu rapuh
Batang dipenuhi dedaunan coklat
Lama tak dikecup sinar mentari
Selagi melarat munajat bersimpuh
Ketika lapang lupakan shalat
Sajadah dikunci dalam lemari
Selasih di rimba Jambi
Rotan ditarik orang pauh
Putus akarnya di jerami
Kasih pun baru dimulai
Tuan bawa berjalan jauh
Itu menghina hati kami.
Kalau anak pergi ke pekan
Yu beli belanak beli
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanakpun cari
Induk semang cari dahulu

Saturday, 4 August 2012

TEROMBA

definisi teromba


Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.


Ciri Teromba : (Adat Tonggak Nilai) halaman 347
Dari aspek bentuk






  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
  •  Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  •  Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  •  Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris.Contoh,Rangkap 1, baris 1 ….. TatkalaRangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas 
  •  Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga.Contoh,R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kataR2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk
  •  Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa.Contoh : Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat Rangkap 5

             Hidup dikandung adat,Mati dikandung bumi, Rangkap 5


CIRI DARI SEGI ISI




Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.




TEKNIK PENULISAN




Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat
i. Rangkap teromba :
Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.


ii. Jumlah perkataan sebaris :
Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
Contoh,
Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas 


iii. Jumlah suku kata sebaris :
Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
Contoh,
R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk


iv. Maksud teromba 
Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai ‘puisi adat’.




FUNGSI TEROMBA





  • Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.
  •  Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

CONTOH TEROMBA

Adalah saya bak kata orang,
kok ibarat umur baru bertukar muda,
pendapatan pun belum ada,
pandangan pun belum banyak,
pengalaman pun belum jauh,
kok darah belum setampuk pinang,
kok jalan kurang pasa,
kalau begitu kedatangan saya ini,
ibarat pergi ke huma,
singkap daun ambil buah,
adapun kedatangan saya ini sama-sama faham,
orang ke awak, awak ke orang,
semenda bersemenda,
kok ibarat dasar pusaka,
kok segar disiram,
kok putus kata di pangkal,
putus dengan dibagi,
duduk berperuntungan,
mati hukum Allah,
duduklah pula sepelarasan,
pandangan memandang satu nan lain,
iaitu bersuku-suku,
berapalah sukunya dua belas,
dua belas Muar dua belas Jempol,
enam Teraci enam Gunung Pasir,
kok selaman sepermainan,
kok sejamban seperulangan,
tak dek hukum tak mengambil,
diharuskan pula semenda-menyenda."